expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 2 January 2016

Happy New Year 2016

Assalamualaikum 2016

2015 telah pergi meninggalkan kita,
segala pahit, manis, payau, masin semua sudah berjaya ditempuhi,
semuanya adalah ujian daripadaNya tanpa kita sedari,
kita sering merungut dan mengeluh kalau ada kekurangan situ sini,

Untuk Tahun 2016 ini, satu penentuan besar dalam hidup aku.
aku kene lakukan semua perkara dengan sebaik mungkin,
bukanlah perfectionist tapi merasa kepuasan bila buat sesuatu.
buat sesuatu dengan USAHA sedaya upaya.
"be beauty with brain"

aku terkesan dengan satu post di fb,
saudari tu sangat teliti dalam membuat sesuatu pekerjaan
sebagai contoh dalam buat thesis dan kajiannya,
dia akan buat betul2, reference yg dia gunakan sangan banyak
citate sebanyak mungkin, dan verified reference.

selama sudah lebih 21 tahun Allah kurniakan pinjaman nyawa ni,
aku sedar terlalu banyak nikmat Allah yg aku dustakan.
terutamanya 2 nikmat yg memang ternyata dalam hadis ada cakap,
iaitu nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan tubuh badan.

segala azam dah dicatit, masa untuk laksanakan dan realisasikan satu persatu
azam yg realistik dan boleh dicapai.
semoga aku berjaya dengan keredhaanNya.
Allah redha dan mudahkanlah segala langkah hambaMu ini.

aku akan buat yg terbaik dalam setiap apa yang aku lakukan.

No comments:

Post a Comment