Assalamualaikum
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan ini untuk kami menceburi bidang perniagaan. idea ini tercetus apabila kami ingin "create" satu PAGE FB untuk projek pertama kami, Kolaborasi Exclusive ELLE ZADA X SAM SYATILLA. Nama ZA Empayar ini adalah "initial" bagi Zhairul dan Atikah selaku founder ZA Empayar :D Semoga empayar yang dibina akan mendatangkan banyak perkara-perkara positif serta kejayaan demi kejayaan. Dengan adanya platform ini, kami akan memberikan sesuatu "value" kepada masyarakat di luar sana, insyaALLAH. Semoga usaha murni ini mendapat berkat dan bantuan daripadaNya serta dimudahkan segala urusan.
Niat kami ingin mencari rezeki selain itu dapat menambah satu pengalaman & ilmu daripada orang2 yang sudah terbukti kejayaanya. InsyaAllah dengan kesempatan ini kami ingin menimba pengetahuan yang maksimum dalam perniagaan. Jika kita lihat sekarang, sudah ramai anak muda berani menceburi bidang perniagaan ONLINE bermula daripada ZERO sehinggalah ke tahap masing-masing. Perniagaan ONLINE ini terdiri daripada perniagaan tanpa modal mahupun bermodal, semua orang mampu menjana keuntungan, yang penting hanyalah keinginan dan usaha. Daripada orang yang makan gaji, mereka sanggup berhenti dan create bisnes sendiri.
ZhairulAtikah
Faunder & CEO
ZA EMPAYAR
EST.2016
Bersama FOUNDER & CEO ELLEZADA
Bersama SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN


No comments:
Post a Comment