expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 19 January 2017

Count your blessings. Goodbye 2016 and Hello 2017

Assalamualaikum W.B.T

Sedar tidak sedar kita telah meninggalkan 2016 hampir 3 minggu.  2017 datang dengan harapan, motivasi baru buat diri ini Semoga terus istiqomah walaupun pada awalnya seakan tersungkur ttapi sebenarnya terdapat hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, ujian itu telah berjaya ku lalui dan membuka mataku. Ujian demi ujian datang adalah untuk membuatkan diri kita kuat. namun terkadang diri rasa tak kuat untuk menghadpinya. Kesedihan yang dipendam akhirnya gugur menjadi air mata. Semoga tahun ini dan seterusnyya membuatka diri kita terus maju ke hadapan dan sentiasa positif. Mengisi setiap saat dengan perkara yang berfaedah yang mendorong kita lebih dekat walaupun setapak ke arah misi/matlamat hidup kita. Aku bersyukur kerana dikelilingi dengan orang2 yang menyayangi, menghargai diri ini. Mereka juga tidak pernah gagal untuk mendorong aku untuk berjaya. Semoga Allah sentiasa berikn kesihatan tubuh badan mereka, dan mudahkan segala urusan mereka. Amin. 


No comments:

Post a Comment